salam

Thursday, 12 April 2012

~LAWAK KETAKUTAN DALAM KERETA API~

 Terjadi kemalangan hebat dalam terowong kereta api, semua penumpang yang selamat terkandas ditengah terowong, ini disebabkan oleh tanah tertimbus dan kereta api yg terbakar.
Saat itu semuanya panik dan cemas. ramai penumpang yang menjerit kita tidak akan dpt keluar, kita terjebak, kita akan mati dan lain-lain.
Tiba-tiba ada lelaki bernama FADHIRUL menjerit: "Tenang-tenang kita semua pasti akan keluar, saya berani jamin." Kemudian suasana menjadi tenang.
Lalu seorang penumpang bertanya : "Bagaimana caranya keluar? semua jalan keluar tertutup ??."
Dengan tenang FADHIRUL menjawab : "Kita pasti keluar suratkhabar besok..." ~

~SELOKA AKAK DAN ADIK~

 Adik : "Akak , nape akak pakai topi keledar ? "

Kakak : "Ish , klu akak tak pakai topi keledar , kene saman dengan POLIS sape nak tanggung ? "

Adik : "OoO . . habistu , Allah suruh akak pakai tudung ? Akak tak pakai
pun . . tak takut ke rambut akak kena bakar dengan api nerake ? Akak lebih takut POLIS yer dr Allah? "
Kakak : ............!!!!!
Kehkehkeh .....

~air mata~

Air mata seorang perempuan mungkin boleh mencairkan hati seorang lelaki tapi air mata seorang lelaki belum tentu dapat mencairkan hati seorang perempuan yang telah di sakiti...

MEMAAFKAN MEMANG MUDAH, TAPI MELUPAKAN AMAT PAYAH!

~KEKUATAN~

KEKUATAN HIDUP KITA ADALAH SEMANGAT..MAKA SEMANGAT KITA MESTILAH KENTAL DAN PENUH TENAGA UNTUK MULAKAN HARIMU:D

~SEINDAH KATA-KATA~

SEMULIA-SEMULIA MANUSIA IALAH YANG BERADAB,MERENDAHKAN DIRI KETIKA BERKEDUDUKAN TINGGI,MEMAAFKAN KETIKA BERADAYA MEMBALAS DAN BERSIKAP ADIL KETIKA KUAT<3

Tuesday, 10 April 2012

Kasih Seorang Ibu

Mak : Tahu tak kenapa mak sayang sangat kamu? Anak : Sebab saya anak mak kan???? hehehe.. Mak : Tapi ada alasan yang lebih hebat daripada itu.. Anak : Apa tu mak? Mak : Kerana boleh jadi kamu lah penyelamat mak di kubur nanti andai malaikat sedang mahu memalu dan memukul jasad mak nanti.. Anak : Mak! Janganlah... Mak : Jadi anak soleh ye.. mak perlukan doamu di sana nak.. (Lantas si ibu mengalirkan air mata cinta :)

Pengorbanan Seorang Kekasih

GF : awak , saya cemburu la kat kawan2 saya ..
BF : cemburu ? kenapa ?
GF : BF diorang selalu bagi hadiah , belikan rantai , cincin , baju , bawa diorang jalan2
BF : maafkan saya ye . sebab saya tak mampu nak bagi semua tu kat awak .
saya tak berharta awak ...
... ... GF : awak jangan la macam ni .. apa awak bagi dah cukup pada saya .. percayalah ..
BF : tapi awak tetap mahukan semua tu kan ...
? sama macam kawan2 awak ?
GF : awak ... maaf .
BF : tak apa la . =]

( suatu hari BF menerima berita bhawa GF telah kemalangan dan mengalami kecederaan teruk dan mengakibatkan GF hilang penglihatan .. )

selepas beberapa minggu .. GF telah sedar dan telah pulang ke rumah . dia membaca sepucuk surat yang di berikan oleh seorang nurse sebelum GF pulang .

♥ sayang , maafkan saya kerana selama ini tidak mampu menjadi seorang kekasih
yang terbaik pada awak . saya tidak mampu berikan kemewahan pada awak . saya
tak dapat bahagiakan awak dengan kemewahan saya . sayang , hari ini awak melihat
dan membaca surat ini dengan mata saya . hanya ini mampu saya berikan pada
awak sayang . jaga mata ini seperti mana awak jaga diri awak . dengan mata ini
nanti .. awak akan bejumpa seseorang yang akan menyayangi dan akan memberikan segala yang awak mahukan . Maafkan saya . ♥